1
00:00:00,00 --> 00:00:06,000
Beratus-ratus orang Islam di Montreal berbuka 
dengan jamuan yang disediakan oleh seorang 
“malaikat penjaga”.

2
00:00:06,100 --> 00:00:13,000
Kak Sabriya, seperti yang dipanggil semua, 
membuka pintu rumah serta hati beliau untuk 
semua orang.

3
00:00:13,100 --> 00:00:18,000
Beliau mengurus pusat perlindungan wanita, 
masak berbagai juadah setiap hari, dan dia 
berusia 70 tahun.

4
00:00:18,100 --> 00:00:21,000
Vanessa Lee dari CTV melaporkan berita beliau.

5
00:00:23,000 --> 00:00:31,000
Walaupun belum masuk ke apartmen beliau, 
anda boleh terbau bau-bauan sedap rempah-rempah, 
kari-kari, bergedil ayam, dan kuah daging 
dengan bayam…

6
00:00:31,100 --> 00:00:34,000
…makanan yang mengisi sanubari Sabriya Hussain.

7
00:00:34,100 --> 00:00:38,000
“Ini kebahagiaan saya, hidup saya… untuk 
melihat senyuman pada muka orang lain.”

8
00:00:40,000 --> 00:00:45,000
Kak Sabriya, panggilan yang diberi, telah 
gigih dalam kehidupannya untuk mengisi perut-perut 
yang kosong.

9
00:00:45,100 --> 00:00:51,000
Ketiga-tiga dapurnya sentiasa hidup dalam 
bulan Ramadan. Suatu jangkamasa untuk berpuasa 
dan bersedekah.

10
00:00:51,100 --> 00:01:01,000
Dia masak untuk orang-orang gelendangan, 
pelarian, sesiapa yang memerlukan makanan 
panas, hingga seramai 300 orang dalam sehari.

11
00:01:03,000 --> 00:01:07,000
Tak kira agama atau bangsa, kan, saya ada 
untuk mereka.

12
00:01:11,000 --> 00:01:15,000
Semangat beliau untuk memasak dan membantu 
orang lain datang dari keluarga beliau.

13
00:01:15,100 --> 00:01:23,000
“Ibu saya akan masak, sehingga untuk seribu 
orang. Dan beliau gembira dapat memberi jamuan.”

14
00:01:23,100 --> 00:01:28,000
“Jadi saya selalu, semasa kecil, mengekori 
ibu nak menolong dengan itu dan ini.”

15
00:01:28,100 --> 00:01:33,000
Cerita tentang kebaikan hati beliau telah 
tersebar sejak beliau datang ke Montreal 
dari MALAYSIA 30 tahun lepas.

16
00:01:34,000 --> 00:01:39,000
Setipa hari sukarelawan akan dating ke rumah 
beliau. Terinspirasi dengan dedakasi dan 
bakatnya.

17
00:01:39,100 --> 00:01:43,000
Saya sangat suka masak-memasak sebelum saya 
datang ke sini, tapi sekarang saya terjumpa 
semula masak-memasak.

18
00:01:43,100 --> 00:01:44,000
Maksud saya, beliau memang hebat.

19
00:01:44,100 --> 00:01:48,000
Dalam bertahun-tahun, tiada apa yang boleh 
menjadi halangan diantara beliau dan senduk 
beliau.

20
00:01:48,100 --> 00:01:53,000
Bukan dua serangan strok rinngan, bukan juga 
peluang beliau bertemu dengan Perdan Menteri 
minggu lepas.

21
00:01:53,100 --> 00:01:58,000
“Saya kata, Astarghfirullah… Saya dah buat 
komitmen untuk memberi makan kepada fakir 
miskin.”

22
00:01:59,000 --> 00:02:01,000
Sejajar dengan memasak, beliau juga mengurus 
tempat perlindungan wanita.

23
00:02:01,100 --> 00:02:04,000
Pada usia 70 tahun, beliau masih gagah.

24
00:02:04,100 --> 00:02:07,000
“Encik, masukkan minyak dan jangan lupa bawang 
putih.”

25
00:02:07,100 --> 00:02:11,000
Beliau berharap generasi akan dating akan 
mengambil alih tugas beliau.

26
00:02:11,100 --> 00:02:14,000
Sebuah legasi kasih dan keimanan.

27
00:02:14,100 --> 00:02:17,000
Saya Vanessa Lee, CTV, Montreal.

