1
00:00:00,00 --> 00:00:03,700
Askar Amerika Syarikat telah membunuh perekrut 
tertinggi ISIS di Syria.

2
00:00:03,800 --> 00:00:08,300
Itu menurut suratkhabar British, The Sun, 
yang juga dimiliki bersama dengan talian 
ini.

3
00:00:08,400 --> 00:00:16,700
The Sun melaporkan, CIA memberitahu intelijen 
British, sebuah serangan drone pada bulan 
June, membunuh “balu putih” Sally Jones.

4
00:00:16,800 --> 00:00:23,100
Dia berasal dari United Kingdom dan mendapat 
nama panggilan tersebut selepas suami pengganasnya 
mati.

5
00:00:23,200 --> 00:00:28,000
The Sun melaporkan drone telah mengenainya 
semasa dia cuba melarikan diri dari pertempuran 
di Raqqa.

6
00:00:28,100 --> 00:00:31,200
Dan ia juga telah menyebabkan anaknya yang 
berusia 12 tahun,

7
00:00:31,300 --> 00:00:34,000
yang dia pernah gunakan sebagai perisai manusia, 
terbunuh.

8
00:00:34,200 --> 00:00:36,600
Ada banyak lagi isi cerita ini seperti Trace 
Gallagher akan beritahu tengahari ini…

9
00:00:37,000 --> 00:00:41,200
Trace… Cuba terangkan bagaimana perempuan 
ini mula-mula sasaran tinggi untuk Amerika 
Syarikat.

10
00:00:41,300 --> 00:00:49,700
Sebab, A.S. percaya dia dan suaminya yang 
telah terbunuh dalam serangan udara pada 
tahun 2015 itu berada dibelakang tabir untuk 
sekurang-kurangnya sedozen plot keganasan,

11
00:00:49,800 --> 00:00:56,200
termasuk rancangan untuk membunuh Ratu England 
dan Putera Phillip pada tahun 2015 dalam 
sebuah perayaan di London.

12
00:00:56,800 --> 00:01:00,500
Dan percubaan menculik bekas askar A.S. di 
Syria.

13
00:01:00,600 --> 00:01:07,100
Sally “Balu Putih” Jones dulunya adalah seorang 
gitaris kugiran punk-rock di Britain, sebelum 
memeluk Islam,

14
00:01:07,200 --> 00:01:12,500
meninggalkan suaminya, menjadi pengantin 
jihadi, dan melarikan diri ke Syria dengan 
anak lelakinya yang berumur 12 tahun.

15
00:01:12,600 --> 00:01:21,300
Sepanjang dua tahun yang lepas, dia dilaporkan 
berada di belakang tabir untuk pergerakan 
sel wanita ISIS yang merancang serangan balas 
dendam ke atas negara-negara Barat.

16
00:01:21,400 --> 00:01:36,100
Agen intelijen A.S. memberitahu Sunday Times, 
mereka tidak boleh memberikan kepastian 100 
peratus yang Jones terbunuh dalam serangan 
udara pada Jun lepas kerana tiada usaha untuk 
mendapatkan DNAnya tapi mereka “yakin yang 
dia sudah mati.”

17
00:01:36,200 --> 00:01:40,200
Dan saya ada terbaca, dia seorang perekrut 
juga, menggunakan media sosial…

18
00:01:40,300 --> 00:01:51,400
Dan katanya sangat efektif kerana agensi 
intelijen percaya dia berjaya menggoda ramai 
jihadi untuk sertai apa yang ISIS panggin 
“khalifah” atau kerajaan Islam.

19
00:01:51,900 --> 00:01:58,100
Dia juga diketahui mempunyai berdozen-dozen 
akaun media social, termasuk 20 nama samaran 
berlainan hanya untuk Twitter.

20
00:01:58,200 --> 00:02:07,500
Pakar berkata dia menggunakan media social 
untuk merekrut gadis-gadis dan memberikan 
nasihat praktikal tentang bagaimana hendak 
pergi ke Syria untuk menjadi pengantin jihadi.

21
00:02:07,600 --> 00:02:13,100
Dia juga menggalakkan supaya diadakan serangan 
di Britain, memberikan tunjuk-ajar tentang 
bagaimana cara untuk membuat sendiri bom 
di rumah.

22
00:02:13,200 --> 00:02:25,300
Jones juga selalu memasang paparan seperti 
“Kamu semua orang Kristian perlu dipancung 
dengan pisau tumpul. Mari sini, aku lakukan 
untuk kamu.”

