1
00:00:00,00 --> 00:00:06,000
Sebuah mahkamah di Paris telah menjatuhkan 
hukuman dua tahun penjara, Khamis lalu, ke 
atas seorang wanita atas tuduhan memberi 
dana terhadap keganasan…

2
00:00:06,100 --> 00:00:11,000
…selepas dia mengirim wang kepada anak lelakinya 
yang berperang dengan IS di Syria.

3
00:00:11,100 --> 00:00:15,000
Nathalie Haddadi, yang tinggal berdekatan 
dengan Alsace, Perancis

4
00:00:15,100 --> 00:00:20,000
mengaku memindahkan wang kepada anaknya, 
Belabbas Bounaga,

5
00:00:20,100 --> 00:00:27,000
Tapi menyangkal pengetahuan yang dia tahu 
anaknya menggunakan wang itu untuk pergi 
berperang dengan kelompok militant Islam 
radikal tersebut.

6
00:00:27,100 --> 00:00:35,000
“Saya rasa amat sukar untuk memahami bagaimana 
mereka menuduh saya membiayai keganasan,” 
Haddadi berkata sebelum keputusan diumumkan.

7
00:00:35,100 --> 00:00:42,000
Hakim membantah, berkata Haddadi telah mengetahui 
“dengan sepenuhnya” yang anak lelakinya akan 
menggunakan wang tersebut untuk pergi ke 
Syria.

8
00:00:42,100 --> 00:00:53,000
“Tanpa bantuan lumayan dari anda, dia tidak 
mungkin akan dapat tiba di Syria dengan senang 
dan berperang untuk IS,” Hakim memberitahu 
Haddadi. “Anda membiayai sebuah organisasi 
pengganas.”

9
00:00:53,100 --> 00:01:06,000
Haddadi telah memindahkan 2,800 Euros ($3,300) 
kepada Bounaga semasa dia menerima rawatan 
kesihatan di Malaysia sebelum pergi ke Syria.

10
00:01:06,100 --> 00:01:10,000
Haddadi berkata dia menghantar wang untuk 
membiayai kos perubatan anak lelakinya.

11
00:01:10,100 --> 00:01:20,000
Bendera ISIS Anak lelaki Haddadi sertai “IS” 
sejurus selepas dia tiba di Syria. Dia dipercayai 
mati semasa berperang di sana sekitar 2016.

12
00:01:20,100 --> 00:01:24,000
Peguamcara memohon untuk hukuman penjara 
sepanjang 18 bulan,

13
00:01:24,100 --> 00:01:29,000
Tapi hakim memanjangkan hukuman kepada dua 
tahun sejajar dengan “keberatan” pelakuan 
tersebut.

14
00:01:29,100 --> 00:01:35,000
Mahkamah juga menghukum adik lelaki dan kawan 
karib Bounaga kerana membiayai keganasan.

15
00:01:35,100 --> 00:01:43,000
Bounaga dipercayai diradikalisasi sewaktu 
menjalankan hukuman penjara atas kesalahan 
dadah diantara tahun 2014 dan 2015.

16
00:01:43,100 --> 00:01:48,000
Haddadi kemudian memberikan wang untuk anak 
lelakinya pergi ke Algeria menziarahi bapanya.

17
00:01:48,100 --> 00:01:52,000
Dia telah menghabiskan masa enam bulan di 
sana sebelum pergi ke Malaysia.

18
00:01:52,100 --> 00:02:02,000
Menurut Haddadi, Bounaga mati ketika berperang 
di Syria pada tahun 2016. Peguam Haddadi 
berkata dia akan merayu keputusan tersebut.

19
00:02:02,100 --> 00:02:12,000
18,500 rakyat Perancis dipercayai telah diradikalisasikan 
menurut Menteri Dalam Negeri Perancis, kenaikan 
60% berbanding du atahun lalu.

20
00:02:12,100 --> 00:02:19,000
Beratus-ratus dianggarkan telah menjadi “pejuang 
dari luar negeri” di Iraq dan Syria pada 
pertengahan tahun 2016.

