1
00:00:00,00 --> 00:00:03,900
Setipa malam saya akan bertanya kepada diri, 
“Siapa yang telah aku tolong hari ini?”

2
00:00:04,000 --> 00:00:08,000
Dan bila bangun pagi, saya akan tanya diri 
lagi, “Siapa yang akan aku tolong hari ini?”

3
00:00:08,100 --> 00:00:12,000
Inilah “Mother Theresa” Islam Montreal

4
00:00:12,100 --> 00:00:15,000
Sabariah Hussein telah berkhidmat menolong 
mereka yang memerlukan selama 65 tahun.

5
00:00:15,100 --> 00:00:17,000
Anda tahu, saya dah berumur 70 tahun

6
00:00:17,100 --> 00:00:18,000
Jam saya semakin berdetik

7
00:00:18,100 --> 00:00:22,000
Masa untuk saya berbuat baik sudah terhad

8
00:00:24,000 --> 00:00:26,000
Beliau memasak untuk mereka yang perlukan 
makanan

9
00:00:26,100 --> 00:00:27,000
Para pelajar

10
00:00:27,100 --> 00:00:28,000
Orang gelendangan

11
00:00:28,100 --> 00:00:29,000
Pelarian

12
00:00:30,000 --> 00:00:32,000
Wanita teraniaya

13
00:00:32,100 --> 00:00:39,000
Saya cuba memberi inspirasi belia Islam supaya 
berbuat apa sahaja yang patut untuk menolong 
orang yang memerlukan pertolongan

14
00:00:39,100 --> 00:00:41,000
Dengan itu orang bukan Islam akan dapat melihat 
Islam dari sudut lain

15
00:00:41,100 --> 00:00:44,000
Apa yang mereka dengar kebanyakan kalinya 
buruk

16
00:00:44,100 --> 00:00:46,000
Jadi, tidak, orang Islam bukan orang jahat 
sebetulnya

17
00:00:46,700 --> 00:00:51,000
Beliau dibantu oleh seangkatan sukarelawan 
dan dibiayai dengan sedekah

18
00:00:51,100 --> 00:00:56,000
Saya lihat senyuman pada sukarelawan sewaktu 
mereka membantu saya

19
00:00:56,100 --> 00:01:00,000
Dan juga mereka yang menerima bantuan juga 
tersenyum

20
00:01:00,100 --> 00:01:03,000
Membuat saya gembira

21
00:01:03,100 --> 00:01:09,000
Sabariah telah bergabung dengan sebuah gereja 
tempatan di kawasan perumahannya untuk memasak 
dua kali seminggu bagi fakir miskin

22
00:01:09,100 --> 00:01:14,000
Steven telah makan masakan Sabariah di gereja 
tersebut selama dua tahun

23
00:01:14,100 --> 00:01:15,000
Dia hebat

24
00:01:15,100 --> 00:01:20,000
Anda boleh rasakan dia prihatin terhadap 
orang

25
00:01:20,100 --> 00:01:22,000
Dan dia sungguh tidak pentingkan dirinya 
sendiri

26
00:01:23,000 --> 00:01:24,000
Memang selalu ada mereka yang memerlukan

27
00:01:26,000 --> 00:01:28,000
Memang selalu ada orang yang bermasalah

28
00:01:28,100 --> 00:01:31,000
Jadi anda harus pastikan jiran tetangga tidak 
kelaparan

29
00:01:31,100 --> 00:01:34,000
Supaya ia dapat menyucikan jiwa anda

30
00:01:34,100 --> 00:01:37,000
Kemurahan hati Sabariah telah menyebabkan 
beliau meraih beberapa anugerah

31
00:01:37,100 --> 00:01:41,000
Dan peluang berjumpa dengan Justin Trudeau

32
00:01:41,100 --> 00:01:46,000
Tetapi pada hari itu, beliau terlalu sibuk 
untuk berjumpa dengannya

33
00:01:46,100 --> 00:01:49,000
Saya benar-benar berharap akan dapat bertemu 
dengannya satu hari nanti

34
00:01:49,100 --> 00:01:50,000
Saya akan masakkan mee untuknya

35
00:01:50,100 --> 00:01:53,000
Mee kegemaran saya, ala Malaysia!

