00:00.0 - 00:03.0 United News International – Tukang rancang bom bunuh diri dijatuhkan hukuman 00:03.3 - 00:08.9 Seorang wanita Indonesia telah dijatuhkan hukuman kerana merancang bom bunuh diri di istana presiden negara itu 00:09.1 - 00:19.9 Dian Yulia Novi telah ditangkap bersama dengan suaminya pada akhir 2016 kerana merancang untuk meletupkan bom bunuh diri di istana di ibu negara Indonesia, Jakarta, sewaktu penukaran pengawal. 00:20.2 - 00:26.8 Reuters melaporkan, polis mendapati bahan letupan di apartmen Novi dan menyekat sepucuk surat kepada ibubapanya menerangkan apa yang ingin dia lakukan. 00:26.9 - 00:34.8 Pihak berkuasa percaya Novi telah diradikalisasikan melalui media sosial dan telah meneriam arahan dari anggota IS di Syria. 00:35.1 - 00:39.4 Sebuah panel tiga orang hakim menjatuhkan hukuman penjara 7.5 tahun pada 28 Ogos. 00:39.7 - 00:46.6 Pendakwa raya memohon sekurang-kurangnya 10 tahun untuk Novi, yang mana pembelanya berkata dia menerima hukuman ringan kerana mengaku bersalah. 00:46.8 - 00:52.2 Hakim-hakim juga memberikan keputusan awal kerana Novi bakal melahirkan pada awal bulan September. 00:52.5 - 00:55.0 Untuk United News International, saya Kristel Yap.