1
00:00:00,00 --> 00:00:03,000
United News International – Tukang rancang 
bom bunuh diri dijatuhkan hukuman

2
00:00:03,300 --> 00:00:08,900
Seorang wanita Indonesia telah dijatuhkan 
hukuman kerana merancang bom bunuh diri di 
istana presiden negara itu

3
00:00:09,100 --> 00:00:19,900
Dian Yulia Novi telah ditangkap bersama dengan 
suaminya pada akhir 2016 kerana merancang 
untuk meletupkan bom bunuh diri di istana 
di ibu negara Indonesia, Jakarta, sewaktu 
penukaran pengawal.

4
00:00:20,200 --> 00:00:26,800
Reuters melaporkan, polis mendapati bahan 
letupan di apartmen Novi dan menyekat sepucuk 
surat kepada ibubapanya menerangkan apa yang 
ingin dia lakukan.

5
00:00:26,900 --> 00:00:34,800
Pihak berkuasa percaya Novi telah diradikalisasikan 
melalui media sosial dan telah meneriam arahan 
dari anggota IS di Syria.

6
00:00:35,100 --> 00:00:39,400
Sebuah panel tiga orang hakim menjatuhkan 
hukuman penjara 7.5 tahun pada 28 Ogos.

7
00:00:39,700 --> 00:00:46,600
Pendakwa raya memohon sekurang-kurangnya 
10 tahun untuk Novi, yang mana pembelanya 
berkata dia menerima hukuman ringan kerana 
mengaku bersalah.

8
00:00:46,800 --> 00:00:52,200
Hakim-hakim juga memberikan keputusan awal 
kerana Novi bakal melahirkan pada awal bulan 
September.

9
00:00:52,500 --> 00:00:55,000
Untuk United News International, saya Kristel 
Yap.

