1
00:00:00,00 --> 00:00:08,000
Angkatan Tentera telah mengesahkan laporan 
bahwa Abu Dar al-Maranao adalah emir baru 
ISIS di Asia Tenggara.

2
00:00:08,100 --> 00:00:12,000
Dia menggantikan Isnilon Hapilon yang terbunuh 
di pertempuran di Marawi.

3
00:00:13,000 --> 00:00:20,000
Abu Dar telah berjaya melarikan diri dari 
Marawi. Dia dilaporkan membawa bersama sejumlah 
wang yang besar, yang dicuri dari kota itu.

4
00:00:20,100 --> 00:00:24,000
Pihak berkuasa mengesyak, wang itu digunakan 
untuk merekrut anggota baru kumpulan Maute.

5
00:00:25,000 --> 00:00:38,000
Ketua kumpulan Maute, Abdul Naser Lomondod 
baru ditangkap di Divisoria, Manila; menurut 
Pakar Keselamatan, Prof. Rommel Banlaoi, 
pihak polis dan tentera harus memperbaiki 
cara pengumpulan intelijens.

6
00:00:38,100 --> 00:00:42,000
Kita perlukan lebih banyak kesinambungan 
intelijens di antara pihak-pihak berkuasa.

7
00:00:42,100 --> 00:00:51,000
Yang menyedihkan adalah, sesetengah agensi 
intelijens menyembunyikan maklumat daripada 
agensi intelijens yang lain, dan kita perlu 
mengatasi dilema seperti itu.

8
00:00:51,100 --> 00:00:52,000
Mereka di sini untuk merekrut.

9
00:00:52,100 --> 00:01:00,000
Merekrut lebih banyak pengikut di Metro Manila 
kerana  mereka percaya, Metro Manila patut 
di tukar kepada sebuah negara Islam.

10
00:01:00,100 --> 00:01:05,000
Lebihan anggota kumpulan Maute mungkin akan 
mendapati adalah sukar untuk mereka menyerang 
dan mengepung bandar lain.

11
00:01:05,100 --> 00:01:08,000
Tapi Banlaoi memberi amaran yang ancaman 
masih ada.

12
00:01:09,000 --> 00:01:21,000
Kemungkinan untuk serangan ‘lone wolf’ juga 
sangat tinggi kerana mereka mempunyai cara 
untuk menggalakkan personaliti untuk melancarkan 
serangan semacam itu melalui media social.

13
00:01:21,100 --> 00:01:31,000
Selain dari kumpulan Maute, pihak berkuasa 
juga mesti memberi perhatian kepada lebih 
dari dua puluh kumpulan bersenjata di dalam 
negara yang telah berbai’at kepada ISIS.

