00:00.0 - 00:03.0 United News International – Abu Sayyaf Bunuh Kapten Bot 00:03.1 - 00:08.0 Militan Abu Sayyaf di Filipina telah membunuh kapten kapal kargo Vietnam 00:08.1 - 00:11.0 yang telah ditahan sebagai tebusan sejak lebih dari setahun lalu 00:11.1 - 00:17.0 Ketua Supt. Graciano Mijares, direktor polis di Rantau Autonomi, Mindanao 00:17.1 - 00:22.0 mengumumkan Isnin, 11 Dis bahawa mereka telah menjumpai mayat Pham Minh Tuan. 00:22.1 - 00:26.0 Mayat Tuan telah dijumpai di sebuah kampung berdekatan dengan kota Jolo, Sabtu lalu, 00:26.1 - 00:29.0 dan telah diserahkan kepada kedutaan Vietnam di Manila. 00:29.1 - 00:33.0 Abu Sayyaf telah menculik Tuan dan lima orang kelasinya pada bulan November 2016, 00:33.1 - 00:36.0 waktu mereka belayar berdekatan dengan Pulau Sibagu di Basilan. 00:36.1 - 00:39.0 Mereka kemudiannya dibawa ke dalam kawasan hutan Jolo. 00:39.1 - 00:44.0 Akhbar Philippine Times berkata, salah seorang dari kelasi yang diculik telah berjaya melepaskan diri bulan Jun lalu, dan dua orang telah dipenggal kepala selepas itu. 00:44.1 - 00:48.0 Angkatan keselamatan Filipina telah melancarkan sebuah operasi membebaskan Tuan, Sabtu lalu, 00:48.1 - 00:50.0 menyebabkan tiga anggota Abu Sayyaf terbunuh. 00:50.1 - 00:54.0 Walau bagaimanapun, Abu Sayyaf telah membunuh Tuan sebelum dia dapat diselamatkan. 00:54.1 - 00:59.0 Untuk United News International, di Metro Manila, saya Kristel Yap.