1
00:00:00,00 --> 00:00:03,000
United News International – Abu Sayyaf Bunuh 
Kapten Bot

2
00:00:03,100 --> 00:00:08,000
Militan Abu Sayyaf di Filipina telah membunuh 
kapten kapal kargo Vietnam

3
00:00:08,100 --> 00:00:11,000
yang telah ditahan sebagai tebusan sejak 
lebih dari setahun lalu

4
00:00:11,100 --> 00:00:17,000
Ketua Supt. Graciano Mijares, direktor polis 
di Rantau Autonomi, Mindanao

5
00:00:17,100 --> 00:00:22,000
mengumumkan Isnin, 11 Dis bahawa mereka telah 
menjumpai mayat Pham Minh Tuan.

6
00:00:22,100 --> 00:00:26,000
Mayat Tuan telah dijumpai di sebuah kampung 
berdekatan dengan kota Jolo, Sabtu lalu,

7
00:00:26,100 --> 00:00:29,000
dan telah diserahkan kepada kedutaan Vietnam 
di Manila.

8
00:00:29,100 --> 00:00:33,000
Abu Sayyaf telah menculik Tuan dan lima orang 
kelasinya pada bulan November 2016,

9
00:00:33,100 --> 00:00:36,000
waktu mereka belayar berdekatan dengan Pulau 
Sibagu di Basilan.

10
00:00:36,100 --> 00:00:39,000
Mereka kemudiannya dibawa ke dalam kawasan 
hutan Jolo.

11
00:00:39,100 --> 00:00:44,000
Akhbar Philippine Times berkata, salah seorang 
dari kelasi yang diculik telah berjaya melepaskan 
diri bulan Jun lalu, dan dua orang telah 
dipenggal kepala selepas itu.

12
00:00:44,100 --> 00:00:48,000
Angkatan keselamatan Filipina telah melancarkan 
sebuah operasi membebaskan Tuan, Sabtu lalu,

13
00:00:48,100 --> 00:00:50,000
menyebabkan tiga anggota Abu Sayyaf terbunuh.

14
00:00:50,100 --> 00:00:54,000
Walau bagaimanapun, Abu Sayyaf telah membunuh 
Tuan sebelum dia dapat diselamatkan.

15
00:00:54,100 --> 00:00:59,000
Untuk United News International, di Metro 
Manila, saya Kristel Yap.

