1
00:00:18,000 --> 00:00:25,000
Abu Salman. Pejuang ISIS, 22 tahun dari Yusfiya/Baghdad.

2
00:00:25,100 --> 00:00:33,000
Saya dengar tentang ISIS pertama kali semasa 
mereka berada di Jazeera, dekat dengan lembah 
Huran.

3
00:00:33,100 --> 00:00:35,500
Sepupu saya telah menyertai mereka sudah 
lama dulu.

4
00:00:35,600 --> 00:00:37,000
Dia sahabat lama saya.

5
00:00:37,100 --> 00:00:40,000
Dia ajak saya ikut dia kononnya memberi sokongan 
pada Islam.

6
00:00:40,100 --> 00:00:41,000
Jadi, saya setuju.

7
00:00:41,100 --> 00:00:45,000
Dia bagitau saya mereka berada di Jazeera-Ramadi

8
00:00:45,100 --> 00:00:50,000
dan mereka sedang bertempur dengan sengit.

9
00:00:50,100 --> 00:00:53,000
Bapa-bapa saudara saya memang Salafi sejak 
1997.

10
00:00:53,100 --> 00:00:57,000
[Semasa serangan tahun 2003] mereka [askar 
Amerika] mengepungi dia [bapa saudara saya]

11
00:00:57,100 --> 00:01:03,000
dan menembak ke arahnya. Dia tidak menyerah 
diri dan meletupkan dirinya.

12
00:01:03,100 --> 00:01:08,000
[Saya juga sertai] semata-mata kerana mahukan 
syahid, dibunuh di jalan Allah.

13
00:01:08,100 --> 00:01:15,000
Jika saya mahu, saya boleh juga buat operasi 
isytihadi [bunuh diri], tapi saya tidak mahu.

14
00:01:15,100 --> 00:01:17,000
Saya hanya seorang pejuang.

15
00:01:17,600 --> 00:01:21,000
[Pada mulanya], saya sertai kem latihan - 
berlari, merangkak, dan latihan senjata api.

16
00:01:21,100 --> 00:01:27,000
Ada 60 orang [dalam kem latihan] umur di 
antara 16, 17, 21 dan 22 tahun.

17
00:01:28,000 --> 00:01:30,000
Ada seorang berumur 13 tahun.

18
00:01:30,100 --> 00:01:33,000
Nama dia Abd.

19
00:01:33,100 --> 00:01:36,000
Dia sangat muda. Malangnya, dia mati lemas 
sewaktu latihan.

20
00:01:36,100 --> 00:01:38,000
Dia berasal dari Levant.

21
00:01:43,000 --> 00:01:44,000
[Selepas habis latihan] kami berbai'at.

22
00:01:45,000 --> 00:01:48,000
Kemudian kami ditempatkan di pos-pos di Jazeera,

23
00:01:50,000 --> 00:01:52,000
di medan pertempuran.

24
00:01:52,100 --> 00:01:53,000
[Di dalam pertempuran ISIS, bahagian hadapan 
terdiri daripada] pejuang 'hard-core' [yang 
memakai ves pengebom bunih diri].

25
00:01:53,100 --> 00:01:56,000
Barisan kedua adalah pejuang-pejuang yang 
membuat serangan.

26
00:01:56,100 --> 00:02:02,000
[ISIS] tak kisah tentang pejuang barisan 
hadapan, samada mereka hidup atau mati.

27
00:02:02,100 --> 00:02:03,000
Barisan ketiga, pembuat/pemasang jerangkap 
samar,

28
00:02:05,100 --> 00:02:10,000
Yang 'hard-core' menyerang, tapi, jika terkandas 
dan tiada jalan keluar,

29
00:02:10,100 --> 00:02:15,000
dia akan meletupkan dirinya.

30
00:02:19,000 --> 00:02:21,000
Jika tidak, dia akan kembali.

31
00:02:21,100 --> 00:02:25,000
Terdapat ramai [pejuang 'hard-core']. Beribu, 
rasa saya.

32
00:02:26,100 --> 00:02:30,000
Mereka berbangsa Arab dari merata dunia Arab.

33
00:02:30,100 --> 00:02:32,000
Ada orang Iraq juga.

34
00:02:32,700 --> 00:02:35,000
[Pengebom bunuh diri] berlatih di tempat 
lain.

35
00:02:36,000 --> 00:02:42,000
Mereka terdiri dari tua dan muda, 27 tahun 
ke bawah.

36
00:02:42,100 --> 00:02:47,000
Sesetengah daripada [pejuang luar negeri] 
datang dengan keluarga mereka.

37
00:02:49,000 --> 00:02:54,000
Sesetengahnya, minta untuk mengahwini perempuan 
Iraq.

38
00:02:54,100 --> 00:02:58,000
Jika tidak, maka ada hamba.

39
00:02:59,000 --> 00:03:04,000
Mereka di Mosul, Qa'im, Heet, dan Rutba.

40
00:03:05,100 --> 00:03:06,000
Mereka tidak bawa [hamba mereka] ke sini.

41
00:03:06,100 --> 00:03:16,000
Mereka bawa sebilangan [hamba] ke Fallujah, 
tapi di sini tidak - kerana pertempuran sengit.

42
00:03:17,000 --> 00:03:19,000
Saya nampak perempuan-perempuan Yazidi.

43
00:03:21,000 --> 00:03:24,000
ISIS katakan, ini [pengambilan hamba seks] 
adalah kerana agama Islam.

44
00:03:25,000 --> 00:03:30,000
Jika dia [berpotensi untuk sertai] datang 
kepada saya, saya akan bawa dia ke tempat 
media.

45
00:03:30,100 --> 00:03:34,000
Kemudian dia akan dibawa ke pengelola syariah 
yang akan berbincang dengannya

46
00:03:34,100 --> 00:03:38,000
tentang Tuhan yang esa, Syurga, dan neraka,

47
00:03:38,100 --> 00:03:46,000
mazhab seperti Sunni dan Syi'ah, mazhab yang 
sesat dan lain-lain perkara.

48
00:03:46,100 --> 00:03:51,000
Matlamat ISIS adalah untuk membunuh golongan 
Syi'ah dan Sahwa,

49
00:03:51,100 --> 00:03:54,000
dan untuk membunuh sesiapa yang keluar dari 
Islam.

50
00:03:54,100 --> 00:03:56,000
Abu Anas adalah seorang alim.

51
00:03:56,100 --> 00:03:59,000
Dia berasal dari Ramadi dan bekas pelajar 
syariah.

52
00:03:59,100 --> 00:04:04,000
Dia buat pelajaran menerangkan pesanan Nabi 
(Salallahu alaihi wassalam) tentang syurga.

53
00:04:04,100 --> 00:04:09,000
Dia terangkan hidup ini singkat dan selepas 
hidup ini ada syurga

54
00:04:09,100 --> 00:04:12,000
di mana kamu hidup selama-lamanya.

55
00:04:12,100 --> 00:04:14,000
Sebab itu saya sangat teruja tentang syurga.

56
00:04:14,100 --> 00:04:16,000
dan sebab saya takutkan api neraka.

57
00:04:18,000 --> 00:04:28,000
Saya harap bila saya mati [berjuang untuk 
ISIS] saya tidak akan diseksa di neraka dan 
pergi ke syurga.

58
00:04:28,100 --> 00:04:32,000
Saya akan tinggalkan godaan-godaan dunia 
ini.

59
00:04:34,000 --> 00:04:38,000
Sekarang, saya tidak [lagi yakin dengan ISIS, 
sebab masih ada] pembunuhan, penyembelihan, 
dan pengurungan di penjara.

60
00:04:38,100 --> 00:04:43,000
Saya tinggalkan. Saya sudha tidak ada apa-apa 
hubungan dengan mereka lagi.

61
00:04:44,000 --> 00:04:47,900
Nu'aym ibn Hammad menceritakan dalam Al-Fitan 
yang Khalifah ke 4, Ali ibni Abi Talib berkata: 
"Bila kamu lihat bendera-bendera hitam, kekal-lah 
di situ dan jangan gerakkan tangan dan kaki 
mu. Selepas itu akan muncul orang yang lemah. 
Hati mereka akan adalah seperti serpihan 
besi. Mereka akan mempunyai sebuah Negeri. 
Mereka tidak akan memenuhi janji atau kontrak. 
Mereka akan menyerukan kebenaran, tetapi 
mereka bukan terdiri dari golongan yang benar. 
Nama-nama mereka diatributkan sebagai ibu 
bapa, dan alias-alias adalah dari bandar-bandar. 
Rambut mereka akan bebas mengalir seperti 
wanita. Keadaan ini akan kekal sehingga mereka 
berbalah di antara mereka sendiri. Sesudah 
itu, Allah akan mengeluarkan kebenaran melalui 
sesiapa yang Dia mahukan.

