1
00:00:00,00 --> 00:00:03,000
United News International – 59 disyaki Militan 
ditangkap

2
00:00:03,100 --> 00:00:09,800
Tentera Filipina telah menangkap 59 orang 
yang dipercayai cuba menyelinap masuk ke 
Marawi untuk membantu kelompok militant Maute.

3
00:00:09,900 --> 00:00:16,200
Kelompok Militan Maute yang berkait dengan 
ISIS sedang bertempur dengan tentera di Marawi 
sejak menyerbu  kota itu pada 23 Mei.

4
00:00:16,300 --> 00:00:24,600
32 suspek ditangkap di jalanmasuk di bandar 
Ipil dan 27 ditangkap di dalam sebuah rumah 
di Kota Zamboanga pada 25 Julai.

5
00:00:24,700 --> 00:00:29,200
Pihak tentera berkata mereka merampas semula 
pakaian seragam tentera dan polis dari suspek-suspek.

6
00:00:29,300 --> 00:00:36,700
Jurucakap tentera Restituto Padilla berkata 
hanya 60 anggota militant yang tinggal di 
Marawi, terkepung di dalam kawasan seluas 
satu kilometer persegi.

7
00:00:37,100 --> 00:00:45,900
Sementara itu, tentera kerajaan di wilayah 
Sorosogon membunuh empat pemberontak komunis 
termasuk ketua Askar Rakyat Baru, menurut 
jurucakap tentera.

8
00:00:46,000 --> 00:00:53,800
Tentera berbalas tembakan dengan lebih kurang 
30 askar pemberontak ketika menjalankan patrol 
dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

9
00:00:53,900 --> 00:00:57,000
Untuk United News International, di Metro 
Manila, saya Kristel Yap.

