00:00.0 - 00:08.0 Salam hormat, bermula hari ini, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) mengenakan pakaian operasi baru, bercorak digital, atau lebih dikenali sebagai celoreng. 00:08.1 - 00:16.0 Pakaian berkenaan diperkenal sejak tahun lalu dan mula dibekalkan tahun ini untuk keseragaman perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 00:16.1 - 00:28.0 Menurut Panglima Markas Wilayah Laut 3, (MAWILA3), Laksmana Pertama Rosli Ahmad, sut berkenaan dipakai buat pertama kali hari ini sempena sambutan Hari TLDM ke-83 di seluruh negara. 00:28.1 - 00:32.0 Pakaian celoreng ini menggantikan pakaian berwarna biru yang dipakai sebelum ini. 00:32.1 - 00:37.0 Beliau berkata demikian selepas istiadat perbarisan Hari TLDM di MAWILA3 di Langkawi. 00:38.0 - 00:43.0 Istiadat perbarisan ini melibatkan 5 platoon, terdiri daripada 6 pegawai dan 120 anggota berlainan pangkat. 00:43.1 - 00:57.0 Pada majlis sama, Panglima MAWILA3 turut menyampaikan beberapa anugerah, antaranya Anugerah Bintara Terbaik, Anugerah Laskar Terbaik, Penjawat Awam Terbaik, serta Pelajar Cemerlang PT3 dan SPM 2016