1
00:00:00,00 --> 00:00:08,000
Salam hormat, bermula hari ini, Tentera Laut 
DiRaja Malaysia (TLDM) mengenakan pakaian 
operasi baru, bercorak digital, atau lebih 
dikenali sebagai celoreng.

2
00:00:08,100 --> 00:00:16,000
Pakaian berkenaan diperkenal sejak tahun 
lalu dan mula dibekalkan tahun ini untuk 
keseragaman perkhidmatan dalam Angkatan Tentera 
Malaysia (ATM).

3
00:00:16,100 --> 00:00:28,000
Menurut Panglima Markas Wilayah Laut 3, (MAWILA3), 
Laksmana Pertama Rosli Ahmad, sut berkenaan 
dipakai buat pertama kali hari ini sempena 
sambutan Hari TLDM ke-83 di seluruh negara.

4
00:00:28,100 --> 00:00:32,000
Pakaian celoreng ini menggantikan pakaian 
berwarna biru yang dipakai sebelum ini.

5
00:00:32,100 --> 00:00:37,000
Beliau berkata demikian selepas istiadat 
perbarisan Hari TLDM di MAWILA3 di Langkawi.

6
00:00:38,000 --> 00:00:43,000
Istiadat perbarisan ini melibatkan 5 platoon, 
terdiri daripada 6 pegawai dan 120 anggota 
berlainan pangkat.

7
00:00:43,100 --> 00:00:57,000
Pada majlis sama, Panglima MAWILA3 turut 
menyampaikan beberapa anugerah, antaranya 
Anugerah Bintara Terbaik, Anugerah Laskar 
Terbaik, Penjawat Awam Terbaik, serta Pelajar 
Cemerlang PT3 dan SPM 2016

