1
00:00:04,000 --> 00:00:11,000
Malaysia telah menjadi tempat pembuangan 
warga asing yang diusir dari Syria kerana 
cuba sertai IS.

2
00:00:11,100 --> 00:00:23,000
Berdasarkan laporan New Straits Times (NST) 
memetik sumber perisikan, lebih dari 30 individu, 
termasuk beberapa yang telah disahkan berisiko 
tinggi, telah di hantar ke Malaysia, tanpa 
pengetahuan pihak berkuasa Malaysia.

3
00:00:23,100 --> 00:00:30,000
Ini semua dibolehkan kerana polisi lawat-tanpa-visa 
untuk beberapa negara dan status negara Islam 
Malaysia.

4
00:00:30,100 --> 00:00:36,000
Menurut sumber, warga2 asing berlepas dari 
negara2 lain sebelum ditahan di Istanbul, 
Turki.

5
00:00:36,100 --> 00:00:44,000
Dan sebalik dari mengikut prosedur lazim 
untuk mengusir mereka ke tempat terakhir 
yang mereka datang, mereka diberi pilihan 
untuk dihantar ke Malaysia.

6
00:00:44,100 --> 00:00:56,000
Pihak anti-keganasan dengan maklumat yang 
sedikit, sedang mencari, mengenal-pasti dan 
mengikut pergerakan mereka yang berstatus 
pelancong, tambah sumber itu.

7
00:00:56,100 --> 00:00:59,000
Setakat ini 28 pelancong tersebut sudah dikesan.

8
00:00:59,100 --> 00:01:11,000
Sumber itu berkata selanjutnya, sesetengah 
negara yang mahu mengusir individu persona-non-grata 
dari bumi mereka, akan menolong untuk dapatkan 
dokumen perjalanan bagi individu2 itu masuk 
ke Malaysia sebagai pelancong.

9
00:01:11,100 --> 00:01:21,000
Dalam beberapa keadaan, pihak berkuasa Malaysia 
hanya diberitahu tentang pengusiran itu, 
lama setelah individu2 itu semua masuk ke 
dalam negara, tapi pada masa itu, mereka 
sudah tidak dapat dikesan.

10
00:01:21,100 --> 00:01:30,000
Menurut NST, Malaysia sudah memfailkan penolakan 
kepada salah sebuah negara, yang seringkali 
menghantar warga asing yang ditangkap di 
bumi mereka atas sebab keselamatan ke Malaysia.

