1
00:00:00,00 --> 00:00:08,000
Januari 2014 – Daesh menjajah Raqqah selepas 
berperang dengan Tentera Pembebas Syria untuk 
mengambil alih kuasa ke atas kota itu.

2
00:00:11,000 --> 00:00:21,000
January hingga Jun 2014 – Selepas mengambil 
alih kuasa, mereka berleluasa melakukan keganasan, 
menangkap, menculik, dan membunuh ramai para 
aktivis dan anggota Tenetra Pembebas Syria 
yang menawan kota itu dari Assad

3
00:00:23,000 --> 00:00:30,000
Julai 2014 – Al-Baghdadi mengangkat dirinya 
sebagai pemimpin tertinggi wilayah jajahan 
Daesh dan menggesa umat Islam seluruh dunia 
mengikutnya dan sertai Daesh

4
00:00:33,000 --> 00:00:40,000
Julai 2014 dan seterusnya – Daesh melakukan 
banyak pemenggalan awam di hadapan khalayak 
ramai, mempamerkan mayat yang disembelih 
di kawasan awam dan taman-taman untuk menakutkan 
penduduk bandar dan kota yang dijajah mereka

5
00:00:42,000 --> 00:00:52,000
September 2014 – Koalisi Global menentang 
Daesh ditubuhkan untuk menangani ancaman 
yang semakin meningkat yang ditimbulkan oleh 
kumpulan pengganas. Koalisi itu terdiri daripada 
74 ahli, termasuk 70 negeri dan empat organisasi 
antarabangsa yang komited untuk merendahkan 
dan mengalahkan Daesh

6
00:00:54,000 --> 00:01:02,000
Oktober 2015 - Pasukan Demokrasi Syria (SDF), 
sebuah gabungan Kurdish Syria dan pasukan 
Arab, ditubuhkan untuk memerangi Daesh di 
Syria. Koalisi Global menyediakan latihan, 
peralatan, dan menyokong SDF dan mengendalikan 
serangan udara untuk membantu mengalahkan 
Daesh.

7
00:01:05,000 --> 00:01:14,000
Ogos 2016 - SDF membebaskan Manbij, utara 
Aleppo, dari Daesh. Koalisi terhadap Daesh 
memberi sokongan kepada SDF dalam usahanya 
untuk membebaskan bandar

8
00:01:16,000 --> 00:01:26,000
November 2016 - SDF dan rakan-rakan termasuk 
Gabungan Arab Bersatu (SAC) melancarkan Operasi 
Murka Eufrat untuk mengalahkan Daesh di Raqqa. 
Koalisi itu menyediakan latihan kepada SDF 
dan melakukan serangan udara terhadap sasaran 
sepanjang operasi

9
00:01:29,000 --> 00:01:35,000
Jun - Oktober 2017 - SDF, dengan sokongan 
dari Koalisi, membebaskan bandar Raqqa dari 
Daesh, membebaskan salah satu dari ibukota 
yang juga digelar “ibukota kembar” kumpulan 
pengganas dari jajahan ekstremis

10
00:01:37,000 --> 00:01:48,000
September 2017 dan seterusnya - Koalisi itu 
memudahkan usaha kemanusiaan untuk membantu 
penduduk awam yang terjejas teruk oleh pendudukan 
kejam Daesh di Iraq dan Syria dan pertempuran 
seterusnya untuk mendapatkan kebebasan mereka. 
Koalisi dan rakan-rakannya akan tetap bersatu 
dan berkomitmen untuk kekalkan kekalahan 
Daesh

